Pelajaran 4 : Masukkan Gambar dan Hiperlink

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Meletakkan gambar dalam laman web
>>  Meletakkan hiperlink

Mari Kita Mula ..

        Gambar adalah elemen tambahan yang dapat dimasukkan dalam laman web. Ia dapat mengelakkan pengunjung berasa bosan dengan laman web anda. Hiperlink, atau pautan pula membolehkan anda memaut atau meyambungkan laman anda dengan laman-laman lain, contohnya laman web Yahoo!. Untuk meneruskan pelajaran, sila buka fail dua.htm.


Memasukkan gambar dalam laman web

        Sekarang, kita akan memasukan gambar di dalam laman dua.htm. Simpan gambar di bawah sebagai surat.gif di dalam folder Imej. Kita akan menggunakan gambar di bawah selepas ini.           

        Kemudian, tempatkan cursor anda di baris baru selepas ayat terakhir dalam fail dua.htm. Kemudian, pergi ke bar menu, pilih Insert > Picture > From File dan pergi ke folder Imej tadi dan klik pada surat.gif. Gambar ini akan dimasukkan ke dalam laman web anda.Gambar surat tidak kelihatan pada Normal. Klik pada Preview. Laman web anda akan kelihatan seperti ini..

        'Sampul surat' anda akan kelihatan dari kiri. Anda boleh mengubahnya ke tengah atau ke kanan dengan mengubah 'align'nya. Pergi semula ke Normal. Klik surat dan klik pada butang yang terletak di tengah-tengah di dalam kawasan yang dibulatkan dalam gambar di bawah. Klik pula butang di kanan dan di kirinya dan lihat hasilnya.

 

        Mungkin ada yang keliru dengan format fail JPG, GIF dan apa-apa lagi. Anda boleh mendapatkan info ini di dalam Internet. Saya tidak akan menceritakannya di sini. Kedua-dua format fail gambar ini sering digunakan dalam laman web. Anda juga boleh menggunakan format fail PNG ( Portable Network Graphics ). Yang penting, walau apa format pun yang anda hendak letakkan dalam laman web anda, pastikan yang ia tidak terlalu besar kerana ia boleh melambatkan masa untuk dimuatkan dari server ke browser anda. Sebuah laman web yang baik tidak akan mengambil masa lebih dari 30 saat dengan menggunakan modem 28.8 Kbps. Perhatikan di bahagian bawah sekali di bahagian kanan Frontpage anda.  

    

         Penunjuk ini menunjukkan bahawa laman anda hanya mengambil masa sebanyak 8 saat untuk di'loading' jika pengguna menggunakan modem 28.8 Kbps. Ia mungkin akan naik lagi jika anda menambahkan lagi kandungan di dalam laman anda itu.

        Untuk gambar juga, terdapat menu-menu untuknya. Klik kanan pada gambar pilih Picture Properties. Anda akan nampak tiga menu. Pilih Appearance. Lihat Border Thickness. Tukar nilai dari 0 ke 2. Klik OK dan lihat hasilnya. Jika anda ingin menukar saiznya, klik pula pada Specify Size. Nyatakan saiznya sama ada anda ingin membuatkannya lebih besar atau lebih kecil. Ingat ! Ini hanya menukar saiz paparan gambar dalam halaman web. Ia tidak menukar sama sekali saiz asal fail gambar yang asal. Klik pada Keep Aspect Ratio jika anda ingin membiarkan gambar kekal dalam keadaannya yang asal cuma dikecilkan dari saiz asal. Jika anda tidak menandakan Keep Aspect Ratio, anda bebas untuk menentukan width ( lebar ) dan height ( panjang ) gambar anda itu. Jika sudah siap, simpan fail ini dengan nama dua.htm.   


Meletakkan pautan ( hyperlink )

        Sesebuah laman boleh disambungkan kepada laman lain dengan menggunakan pautan. Dengan pautan, anda juga boleh menyambungkan laman anda ke laman yang lain atau ke laman tapak jauh. Selain itu, ia juga berfungsi jika anda hendak menyuruh pengguna untuk menghantar email dan juga untuk kegunaan download. 

-> Menyambungkan ke tapak jauh di Internet

        Buka fail dua.htm. Kemudian, tandakan nama Dark Wan. Klik kanan dan anda akan pilih Hyperlink.Jika anda tidak nampak menu ini dan ternampak menu lain, pergi pula ke bar menu dan pilih Insert > Hyperlink.  Di sebelah tulisan URL, terdapat kotak kosong. Isikan ia dengan alamat ini : www.geocities.com/the_darkwan. Klik OK dan simpan fail ini sebagai dua.htm. Jika komputer anda sedang mempunyai sambungan Internet, uji laman tersebut dengan menggunakan Internet Explorer. Klik pada nama Dark Wan dan anda akan lihat yang ia akan menyambungkan terus ke laman web Dark Wan.

-> Menyambungkan ke halaman lain

      Buka kembali fail satu.htm. Tandakan pada ayat " laman web pertama saya " dan klik kanan. Klik pada butang dua dari kiri dari kotak yang sebelum ini anda masukkan URL tadi.  

  

        Anda akan melihat kotak yang menyuruh anda memilih fail. Pergi ke folder My First Web dan klik pada fail dua.htm dan klik OK. Simpan fail ini sebagai satu.htm dan buka fail ini dalam Internet Explorer. Dengan mengklik pada ayat " laman web pertama saya ". ia akan terus menyambungkan ke laman dua.htm. Inilah cara bagaimana anda hendak menyambungkan kesemua fail HTML dalam laman web anda nanti.

-> Mengirim email

        Adalah menjadi kelaziman di dalam sesebuah laman web, seseorang webmaster ( pembuat laman web ) akan menyertakan sekali emailnya supaya para pengunjung boleh memberi maklumbalas kepada webmaster tersebut.

        Buka pula fail dua.htm. Klik pada gambar "sampul surat"  dan seperti biasa, pilih Hyperlink. Kali ini, pilih pula butang sebelah kanan dari butang yang telah kita pilih sebelum ini.  

        Masukkan nama email, contohnya darkwan@catcha.com. Jika komputer anda sedang bersambung di Internet, anda akan tahu yang anda akan dapat menghantar email terus kepada saya.            

        Perhatikan bahawa bukan teks sahaja yang dapat menyambungkan suatu laman ke laman yang lain. Asalkan anda menyambungkan ia ke sesuatu pautan, tidak kiralah sama ada ia berbentuk teks atau gambar, ia tetap bersambung dengan pautan yang kita kehendaki.

-> Download fail

        Cara yang sama juga digunakan sepertimana anda ingin menghubungkan sesuatu laman ke laman yang lain, tetapi bezanya ialah, fail itu bukannya fail HTML, JPG, TXT atau apa-apa fail yang boleh dipaparkan di Internet Explorer. Sebagai contoh, fail ZIP. Jadi, bila pengunjung mengklik ayat yang mengandungi pautan ke fail tersebut, kotak Download akan muncul. 

        Di dalam folder My First Web, buat satu lagi subfolder yang bernama Download. Di dalam folder itu, letakkan fail WP_DPv1.0.zip di dalamnya. Fail apa ni ? Kalau anda terlupa, inilah dia fail tutorial WebPantasDP v1.0 dalam bentuk zip yang anda download dahulu. 

        Buat halaman baru dalam Frontpage. Taipkan ayat di bawah ;

Saya mempelajari cara membuat laman web dari Dark Wan. Jika anda berminat untuk mempelajari cara membuat laman web seperti saya, sila download tutorial WebPantas DP v1.0 yang akan membantu anda membuat laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage 2000.

        Tandakan perkataan WebPantas DP v1.0. Kemudian, di bawah perkataan WebPantas DP v1.0, klik kanan dan pilih Hyperlink. Pilih butang seperti yang dibulatkan di bawah.

 

        Pergi ke fail WP_DPv1.0 tadi dan klik OK. Simpan fail ini sebagai tiga.htm dan buka fail ini di dalam Internet Explorer. Klik pada perkataan WebPantas DP v1.0. Anda sepatutnya akan dapat melihat kekotak seperti ini. 

        Huh .. dah letih ke ?. Tak apa. Sekarang - anda boleh rehat. Berikan tepukan kepada diri sendiri. Beli setin Coke .. sandarkan badan anda ke kerusi dan .. Enjoy ..

 

Peringatan DarkWan : Sesetengah penyedia tapak web percuma seperti Geocities tidak membenarkan fail yang mempunyai extension EXE untuk di'upload' dan dimasukan dalam laman web anda. Untuk itu, mudahnya, semua fail untuk tujuan download haruslah dimampatkan dahulu sebelum dimasukkan dalam laman web anda.       


| Balik | Indeks |Teruskan |