Pelajaran 5 : Membuat Jadual

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Membuat jadual di dalam Fontpage

Mari Kita Mula ..

        Seperti Microsoft Word, di dalam Frontpage juga terdapat jadual. Bagaimanapun, ia agak terhad kerana hanya ada beberapa 'style' sahaja yang boleh dipilih. Bagaimanapun, anda masih boleh mengindahkan jadual-jadual ini berdasarkan kreativiti anda.


Membuat jadual

        Buat fail baru yang bernama empat.htm. Untuk membuat jadual, pada bar menu, klik pada Table > Insert > Table. Gantikan nilai Rows ( baris ) dengan nilai 4 dan Columns ( lajur ) dengan nilai 3. Anda akan lihat jadual seperti di bawah ;

     
     
     
     

Jadual 1

        Agak hodoh .. bukan ? Dengan kreativiti anda, anda boleh menukarkannya menjadi begini ;

     
     
     
     

Jadual 2

        Caranya - halakan tetikus anda pada baris pertama jadual tersebut sehingga penunding tetikus bertukar menjadi anak panah. Klik kiri untuk tandakan kawasan baris pertama tersebut dan pilih Cell Properties. 

1. Pada Background Color, tukar warna dari Automatic ke warna Purple.
2. Untuk Light Border dan Dark Border, tukar kedua-dua warna tersebut ke warna Fuchsia.
3. Tandakan Header Cell.

        Sekarang, jadual anda akan jadi macam ini ..

     
     
     
     

Jadual 3

        Perhatikan bahawa hanya satu kawasan sel sahaja yang berubah - dan kawasan ini adalah kawasan baris pertama. Untuk menukarkan keseluruhan jadual, tandakan mana-mana kawasan pada jadual tersebut dan pilih Table Properties.  

1. Tukar saiz border kepada 2.
2. Tukarkan warna border dan dark border kepada warna fuchsia. 
3. Tukarkan background color kepada warna silver.

        Hasilnya ? Sama seperti Jadual 3. Simpan fail ini sebagai empat.htm. Buat eksperimen dengan membuat jadual dan kemudian tukar latar belakang, border .. apa sahaja yang anda suka. 

        Sehingga pelajaran kali ini, adakah anda faham dengan apa yang telah saya sampaikan ? Atau pernahkah anda rasakan apa yang saya tulis ini tidak lengkap ? Sebenarnya, anda tidak perlu diberitahu kesemua ciri-ciri di dalam FrontPage. Apa yang saya lakukan ialah membantu anda memahami konsep asas di dalam FrontPage ini. Dan tugas anda ialah, 'explore' sendiri. Jangan takut rosak. Apa yang anda buat sama sekali tidak akan merosakkan FrontPage. Jangan ditipu oleh mereka yang berlagak pandai. Yang sebenarnya, anda lebih mahir dari mereka.


| Balik | Indeks |Teruskan |