Pelajaran 3 : Fungsi Asas Frontpage

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Mengetahui fungsi asas dalam Frontpage
>>  Menukar font, latarbelakang, tajuk dan lain-lain lagi

Mari Kita Mula ..

        Anda telah kenal Frontpage, sudahpun membuat laman web paling ringkas dengan Frontpage dan kini ialah masa untuk mendalamkan lagi pengetahuan anda itu. Sekarang, buka kembali fail satu.htm. 


Eksplorasi Bar Perkakas

        Toolbar, atau bar perkakas telahpun kita bincangkan dalam pelajaran sebelum ini. Ia hampir sama dengan Microsoft Word kecuali terdapat sedikit penambahan. 

           Anda boleh melakukan fungsi yang sama, sepertimana anda melakukannya di dalam Microsoft Word. Antaranya ialah menukar fon, membuat bold, italics, membuat tulisan di tengah-tengah laman dan sebagainya. Anda patut mencuba setiap satu butang yang ada pada bar perkakas ini.  


Eksplorasi Page Properties

        Klik kanan pada ruang kosong di Fontpage anda. Pilih Page Properties. 

        Terdapat menu General, Background, Margins, Custom dan Language. Perhatikan dalam General dahulu. Di situ, terdapat Location. Ia akan menyatakan di mana fail anda itu diletakkan dalam cakera keras. Kemudian -  Title. Seperti yang anda ketahui sebelum ini, title adalah tajuk kepada fail HTML anda itu. Ia akan dipaparkan di penjuru kiri di bahagian atas sekali. Tukar title dari Hai kepada Laman Web Pertama Saya.  

       Kemudian, pergi pula ke pilihan Background. Dalam Formatting, terdapat Background Pictures dan Watermark. Untuk memahami apa yang akan disampaikan selepas ini, cuba simpan gambar di bawah di dalam subfolder Imej pada  folder My First Web. Maksud saya, di dalam folder My First Web, buat satu lagi folder dan simpan fail gambar di bawah ini ke dalam folder itu. Namakan gambar di bawah sebagai latar.jpg.

        Cara untuk menyimpan fail imej adalah, klik kanan pada imej itu dan pilih Save Picture As... dan kemudian namakan semula fail itu. Sekarang ni, mari kita masukkan gambar latar belakang pada laman anda itu. Klik butang Browse dan tundingkan ke fail latar.jpg yang ada dalam folder Imej. Hasilnya adalah seperti begini ..    

           

        Perlu diingatkan bahawa fail gambar yang anda masukkan sebagai latar belakang seharusnya adalah bersaiz kecil kerana semakin besar saiz gambar itu, semakin lama ia akan mengambil masa untuk di'loading'. Perhatikan di bawah  Background Picture terdapat Watermark. Klik pada Watermark. Cuba lihat - apakah hasilnya. Jika teks anda panjang, dan anda perlu menggulung teks hingga ke bawah, anda akan lihat gambar latar belakang tidak bergerak bersama-sama dengan teks, seolah-olah teks itu berada di atas air. Itulah ciri yang dinamakan Watermark.

        Selain Formatting, terdapat Colors. Colors yang terdapat di situ adalah warna default. Anda boleh menukar warna latar belakang, fon, hiperlink, hiperlink yang telah dilawati dan hiperlink yang sedang dilawati.

         Jika anda sudah selesai, berpindah pula ke menu Margins. Terdapat dua kotak iaitu specify top margin dan specify left margin. Klik pada specify top margin dan masukkan jumlah 50. Klik OK dan lihat hasilnya. Ia akan menganjakkan teks atau apa sahaja di dalam laman anda 50 piksel dari atas. Begitu juga bagi specify left margin.

        Sudah siap ?? Jika begitu, simpan fail ini sebagai satu.htm. Jika ditanya sama ada anda hendak menindih fail ini dengan fail lama, katakan Ya. Tutup halaman ini, tetapi jangan keluar dari FrontPage. Caranya, pilih File > Close. Kemudian, File > New Page dan pilih Normal Page. Kita akan membuat eksplorasi fon selepas ini ..


Eksplorasi Font        

        Klik ruang kosong di Frontpage dan pilih Font. Dalam menu fon, tukarkan fon kepada Arial dan warnanya kepada warna biru. Kemudian, klik OK. Taipkan ayat di bawah di dalam Frontpage anda dan anda akan lihat bahawa keseluruhan teks anda adalah dalam fon Arial dan berwarna biru.

Nama saya Dark Wan. Saya berusia 20 tahun dan masih belajar di sebuah institut pengajian tinggi awan di Terengganu. Hobi saya adalah bermain komputer, membaca majalah dan juga bersiar-siar. Saya baru sahaja membeli komputer sendiri pada bulan Jun 2001. 

        Simpan fail ini sebagai dua.htm.

        


| Balik | Indeks |Teruskan |