Pelajaran 8 : JavaScript 

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Mengetahui cara memasukkan JavaScript
>>  Mengetahui cara mendapatkan JavaScript 

Mari Kita Mula ..

        JavaScript asalnya dicipta oleh Netscape. Ia kemudian dipiawaikan oleh European Computer Manufacturers Association ( ECMA ). Terdapat beberapa versi JavaScript ( 1.0, 1.1, 1.2 ) dan ia terus berkembang seiring dengan perkembangan Internet itu sendiri. 

        Perlu diberitahu di sini bahawa tidak semua perisian pelayar Internet menyokong JavaScript. Terdapat juga JavaScript yang menyokong perisian tertentu sahaja. Namun, JavaScript dapat menambahkan lagi tarikan ke laman web anda - juga menjadikan laman anda lebih menarik.

        Mempelajari cara membuat JavaScript sendiri memerlukan masa. Mujurlah terdapat ramai pengaturcara bebas yang mereka JavaScript ini dan memberikannya percuma di Internet - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ( walaupun bukan semua pengguna mematuhinya ). Antara laman yang menyediakan JavaScript untuk di'salin dan tampal' dengan percuma adalah http://javascript.internet.com, http://javascriptsource.com dan www.24fun.ch.   


Cara Memasukkan JavaScript

        Buka fail baru dalam Microsoft FrontPage. Sekarang, kita akan memasukkan JavaScript di dalam dokumen HTML. Cara yang paling asas untuk memasukkan JavaScript adalah dengan mengikut arahan yang dibuat oleh pencipta JavaScript itu sendiri. Biasanya, pada setiap JavaScript, pengatucara akan memberi arahan bagaimana untuk meletakkan kod itu di dalam dokumen HTML. Bagaimanapun, FrontPage menyediakan cara yang mudah untuk memasukkan JavaScript ini. Sekiranya berlaku JavaScript error, sila periksa tag-tag HTML dan pastikan ia di dalam format yang betul. 

Langkah 1: 'Copy' JavaScript di bawah ; 

<HEAD>

<SCRIPT LANGUAGE="JavaScript">

<!-- Mula
function BrowserTerbaru() {
pelayar = (((navigator.appName == "Netscape") &&
(parseInt(navigator.appVersion) >= 3 )) || 
((navigator.appName == "Microsoft Internet Explorer") && 
(parseInt(navigator.appVersion) >= 4 )))
if (pelayar) {
alert('Anda menggunakan Netscape 3+ atau Internet Explorer 4+. Browser yang lebih lama tidak dapat melihat popup windows ini...')}
else {}
}
// Tamat -->
</SCRIPT>

<BODY>

<CENTER>
<FORM ACTION="" onSubmit="BrowserTerbaru()">
<input type="submit" Value="Periksa Browser Anda">
</FORM>
</CENTER>
 

Langkah 2 : Dari Bar Menu, Insert >  Advanced > HTML dan tampal JavaScript di situ dan klik OK.

        Anda tidak akan melihatnya di dalam keadaan Normal. Sila buka dalam keadaan Preview. Output JavaScript yang patut anda perolehi adalah butang JavaScript di bawah. Ia akan memeriksa perisian pelayar Internet yang anda gunakan. Perhatikan bahawa JavaScript ini berfungsi sama ada pada Internet Explorer dan Netscape Navigator. Jika anda memahami cara tag-tag HTML berfungsi  yang pernah kita bincangkan di awal tutorial ini dahulu, anda akan lebih mahir jika anda menghadapi JavaScript error.  

        Perhatikan bahawa terdapat tanda <!--Mula yang memberi tanda JavaScript bermula dari situ dan terdapat pula //Tamat-->. Pada sesetengah pelayar Internet yang tidak menyokong JavaScript, arahan yang terletak di antara <!--Mula dan //Tamat--> tidak akan di'execute' oleh browser. Ini akan mengelakkan mesej JavaScript error daripada muncul. Saya percaya, anda mungkin pernah menghadapi ralat JavaScript error ketika melawat sesetengah laman web. Yang penting adalah tanda permulaan "<!--" dan penutup "--!>" tanpa tanda " ". Terpulanglah kepada anda jika menukarkan Mula kepada Begin dan Tamat kepada End. Simpan fail ini sebagai Skrip.htm

        Contoh mesej JavaScript error adalah seperti di bawah ;

        Pelajaran kita habis di sini sahaja. Selepas ini, anda bolehlah membuat laman web sendiri dan meletakkannya di Internet. Terdapat beberapa syarikat penyedia tapak web percuma seperti Geocities, Lycos dan Tripod. Jika anda selesai meng'upload'nya di Internet, apa salahnya jika anda meletakkan link ke laman web saya iaitu www.geocities.com/the_darkwan. Jika ada sebarang masalah untuk 'upload' laman anda ke Internet, email saya - darkwan@catcha.com. Insya Allah, saya akan membalas secepat mungkin. Semoga Berjaya !  


| Balik | Indeks |