Pelajaran 7 : Marquee , Garisan Melintang dan Bunyi Latar Belakang

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Mengetahui cara membuat ' marquee '
>>  Memasukkan garisan melintang
>>  Memasukkan bunyi latar belakang

Mari Kita Mula ..

        FrontPage sememangnya sebuah perisian yang direka oleh syarikat Microsoft, maka laman yang dihasilkan dengan FrontPage sudah tentulah lebih serasi dengan pelayar Internet Explorer. Terdapat beberapa ciri yang tidak berfungsi laman pelayar versi lain, sebagai contoh, marquee. Maquee boleh menjadikan laman anda lebih menarik, bagaimanapun jika penggunaannya sudah terlampau banyak, maka lain pula jadinya. Mari kita mula ..


Cara Membuat Marquee

        Marquee adalah ciri khas yang membolehkan sebaris ayat bergerak di skrin. Contoh marquee adalah seperti di bawah ;

Saya boleh bergerak merentasi skrin di Internet Explorer

        Bagaimanapun, ia hanya serasi dengan pelayar Internet Internet Explorer sahaja manakala Netscape Navigator akan memaparkan sebaris teks biasa sahaja. Cara membuat marquee adalah .. Insert > Component > Marquee.

         Masukkan teks - nyatakan arah ke mana anda mahu teks itu bergerak, kelajuan teks itu bergerak, warna latar belakang, dan lain-lain yang terdapat di dalam menu tersebut. Ingat ! Tulisan yang dihasilkan ini adakalanya tidak kelihatan jika dipaparkan dengan menggunakan Netscape Navigator. 

        Buat satu halaman baru. Masukkan marquee seperti di atas dan taipkan ayat ini ;

Teks ini akan kelihatan di kedua-dua jenis perisian pelayar Internet

        Jangan ubah apa-apa. Selangkan sebaris dan kemudian, taip ayat ini ;

Teks ini hanya kelihatan jika anda menggunakan Internet Explorer      

          Ubah background color menjadi warna biru. Tukar warna font dari hitam ke warna putih. Kemudian, simpan fail ini sebagai Marquee.htm. Buka fail ini menggunakan Internet Explorer. Anda akan lihat hasilnya begini ;

 

        Buka pula fail tadi dengan menggunakan Netscape Navigator. Hasilnya adalah sebegini .. 

        

        Didapati, kedua-dua teks itu bergerak dari kanan ke kiri pada pelayar Internet Explorer manakala pada pelayar Netscape Navigator, didapati teks pertama tidak bergerak sama sekali manakala teks itu telah hilang secara misteri ! Fikirkan .. apa yang patut anda buat jika anda mahukan teks marquee anda turut kelihatan ( walaupun tidak bergerak ) pada Netscape Navigator. Ya .. jangan ubah apa-apa pada latar belakang teks. Buat seperti cara pertama tadi.


Memasukkan Garisan Melintang

        Buka fail baru. Pada bar menu, Insert > Horizontal Line. Anda akan nampak garisan melintang. Klik pada garisan tersebut dan anda akan nampak menu pop-up dan pilih Horizontal Line Properties.

        Ubah lebar ( width ) garisan tersebut dari 100 ke 50. Tukar align dari tengah ( center ) ke kanan ( right ). Ubah warna garisan tersebut kepada warna biru. Simpan fail tersebut sebagai Lintang.htm.  

        Siap !  


Memasukkan Bunyi Latar Belakang

        Buka semula fail Marquee.htm tadi. Kita akan memasukkan bunyi latar belakang pada laman tersebut. Perlu diingatkan bahawa kesan bunyi ini tidak serasi dengan semua pelayar Internet. Sebagai contoh, jika anda membuka fail ini dengan Netscape Navigator, pelayar itu tidak akan memainkan bunyi yang yang dimasukkan itu.  

        Caranya, klik kanan pada ruang kosong di FrontPage anda. Pilih Page Properties. Dari General, anda akan lihat Background sound. Antara format bunyi yang boleh dimainkan adalah, format wave, midi dan real audio. Jika anda tidak mempunyai fail bunyi, sila download fail BeautifulLife.mid ini.

 

        Buat subfolder Bunyi  pada folder My First Web. Letakkan bunyi midi tadi pada folder tersebut. Pergi semula ke Microsoft Frontpage. Ulang semula dari klik kanan, Page Properties dan dari General, cari Background sound. Klik Browse dan klik pada fail BeautifulLife.mid yang baru anda download tadi.    

        Macam mana ? OK ke ?. Lepas ini, anda akan pelajari memasukkan JavaScript. Walaupun tak penting, namun benda ni agak popular dan banyak digunakan oleh pereka laman web sama ada professional mahupun amatur. 


| Balik | Indeks |Teruskan |