Pelajaran 6 : Membuat Bingkai

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Mengetahui konsep bingkai
>>  Mengetahui cara membuat bingkai dengan FrontPage

Mari Kita Mula ..

        Bingkai ( frame ) adalah ' bekas ' yang mengandungi fail HTML. Fail bingkai itu sendiri tidak mengandungi apa-apa maklumat tetapi mengandungi arahan di mana fail HTML yang berbeza akan dimuatkan di dalamnya.


Membuat bingkai dalam FrontPage

        Mula-mula, pergi ke bar menu, klik File > New > Page dan anda akan nampak dua menu iaitu General dan Frame Pages. Klik pada Frame Pages. Terdapat beberapa pilihan. Kebiasaanya, orang akan memilih Banner and Contents, tetapi kita akan menggunakan Header untuk tujuan pembelajaran kali ini. Bingkai Header adalah seperti ini ..

         Laman itu akan kelihatan begini ..

        Terdapat dua bingkai iaitu di bahagian atas dan bahagian bawah. Di kedua-dua bahagian bingkai tersebut, terdapat dua butang iaitu Set Initial Page dan New Page. Jika anda mahu membuat halaman baru, klik New Page manakala jika anda mahu memasukkan laman yang sedia ada, klik Set Initial Page. 

        Klik bingkai bahagian atas dan klik Set Initial Page. Jadikan fail satu.htm pada bahagian atas dan fail dua.htm pada bahagian bingkai bawah. Laman anda akan kelihatan seperti ini. 

 

        Anda baru sahaja membuat bingkai. Simpan fail ini sebagai Bingkai.htm. Taklah susah sangat .. kan ???


| Balik | Indeks |Teruskan |