Pelajaran 1 : Asas HTML dengan Notepad

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Dapat membina laman web yang asas dengan Notepad
>>  Mengetahui apa yang dikatakan dengan tag HTML

Mari Kita Mula ..

        Mula-mula sekali, seperti saya katakan, kita akan membuat laman web dengan menggunakan Notepad. Walaupun terdapat banyak penyunting kata lain sama ada shareware atau freeware, saya memilih Notepad kerana ia percuma - disertakan bersama dengan Windows dan ringkas. Dengan Notepad, saya boleh membuat laman web dengan sebuah komputer Pentium-133 MHz dan 32 MB RAM dengan pantas.  


Membina Laman Web Yang Asas Dengan Notepad 

        Mula-mula, buka Notepad dengan klik pada Start > Programs > Accessories > Notepad. mulakan dengan menaip <HTML> dan </HTML>.           


<HTML>

</HTML>  


        Pasangan <HTML> dan </HTML> ini dinamakan tag. Setiap tag kebiasaannya mempunyai tag penutup walaupun tidak kesemua tag memerlukannya. Tag pembuka adalah seperti tag tadi iaitu <HTML> dan tag penutup adalah </HTML>. Perhatikan - perbezaan antara kedua-dua tag ini adalah tanda / yang terdapat pada tag penutup.   

        Setiap fail HTML memerlukan sepasang tag <HEAD>. Tag ini dan tag-tag lain terletak di dalam tag <HTML>. Letakkan tag <HEAD> selepas tag <HTML>


<HTML>

<HEAD></HEAD>

</HTML> 


        Di dalam <HEAD>, anda boleh masukkan tag <TITLE>. Di dalam <TITLE> ini, anda boleh masukkan nama bagi laman web anda itu.


<HTML>

<HEAD><TITLE>Laman Web Pertama Saya</TITLE></HEAD>

</HTML>


        Perkara terakhir yang perlu diletakkan adalah <BODY>. Segala kandungan yang hendak dipaparkan kepada pengguna adalah seperti yang terletak di dalam tag ini.


<HTML>

<HEAD><TITLE>Laman Web Pertama Saya</TITLE></HEAD>

<BODY>Hai ! Ini adalah laman web pertama saya. Sila beri tunjuk ajar ..</BODY>

</HTML>


         Simpan fail ini sebagai note.htm di dalam folder My First Web di dalam My Documents. Folder My First Web tidak pernah ada. Anda perlu menciptanya sendiri dengan klik kanan pada ruang kosong di My Documents dan pilih New dan kemudian Folder. Namakan folder baru ini sebagai My First Web. Semua fail yang akan kita buat selepas ini akan disimpan dalam folder My First Web. Klik ikon yang mewakili note.htm tadi dan Internet Explorer akan terbuka. Contoh paparan adalah seperti di bawah ;

        Itu sahaja ke ? Betul ke ni ? Anda berhak untuk berasa terkejut jika anda mendapati betapa mudahnya membina laman web ini - kerana saya juga berperasaan begitu ketika mula-mula membina sebuah laman web. Jika anda merasakan yang anda sudah tahu konsep yang saya sampaikan di sini, anda bolehlah terus ke Pelajaran 2.       

 

Tips DarkWan : Untuk menyunting sebuah fail HTML, saya membuka dahulu fail itu dalam HTML dan kemudian klik di bar menu , View > Source. Cara lain adalah dengan klik kanan pada mana-mana bahagian dokumen ( jangan tunding ke gambar ) dan pilih View Source. Notepad akan dibuka tetapi jangan tutup Internet Explorer. Buat apa yang patut pada dokumen HTML anda dan setelah anda selesai, Save dan pergi semula ke Internet Explorer dengan menekan ALT+TAB dan anda sekarang anda berada di Internet Explorer. Klik butang Refresh atau tekan kekunci F5 pada papan kekunci anda. Anda boleh melihat perubahan pada dokumen yang anda sunting tadi dan jika anda tidak berpuas-hati, tekan ALT+TAB dan ia akan ke Notepad. Betulkan apa yang perlu diperbetulkan dan ALT+TAB sekali lagi ke Internet Explorer dan Refresh. Mudahkan ! Sekarang, faham tak kenapa saya suka gunakan Notepad dan Internet Explorer ?


| Balik | Indeks |Teruskan |