Make your own free website on Tripod.com

Kredit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .. 

        Alhamdulillah, akhirnya dapatlah saya meyiapkan apa yang saya panggil sebagai tutorial WebPantas DP v1.0 ini. Idea untuk membuat tutorial ini datangnya dari Sejuk Weh - www.geocities.com/sejukweh. Beliau meminta saya agar membuat perisian yang mengajar cara membuat laman web untuk diletakkan di laman web iCU TeaM - www.geocities.com/my_icu dalam ruangan download. Ini kerana, kata beliau, beliau akan meletakkan link dari laman web beliau ke iCU TeaM dan beliau mahukan agar ' ada sesuatu yang pengguna boleh manfaatkan dari laman itu '. Asalnya, saya ingin membuat tiga versi  WebPantas ini. Pertama, membuat laman web dengan Notepad, kedua, dengan Microsoft FrontPage dan ketiga, Netscape Composer. Namun, saya kekurangan masa - sementelahan pula saya tak pernah menggunakan Netscape Composer untuk membuat laman web. Mungkin saya akan membuat tutorial membuat laman web dengan Netscape Composer, tetapi sekurang-kurangnya bukan pada masa ini. . 

        Ucapan terima kasih saya pula seterusnya kepada "ICE" - komputer yang baru sahaja dibeli pada Jun 8, 2001. Sesuatu yang mungkin perlu anda tahu bahawa ketika saya mereka laman web pertama saya -  www.geocities.com/the_darkwan, saya menggunakan komputer rakan sebilik saya. Laman web iCU TeaM adalah laman web pertama yang dihasilkan dengan menggunakan komputer sendiri. Seterusnya - kepada keluarga saya. Walaupun mereka tidaklah mengetahui apa yang saya buat ( tutorial ini )  tetapi saya tahu bahawa apa sahaja yang saya lakukan - asalkan ia merupakan perkara kebaikan, pasti mereka akan menyokongnya secara tidak langsung.   

        Kemudian -  kepada rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan inspirasi kepada saya untuk meneruskan 'projek' ini. Terlalu panjang untuk disenaraikan semua, antaranya ialah NaNas 'Ranking', Julia, Ecah, Has 'BlueHyppo', Rosyam, Auks, Cik Elektron, "Dewa Komputer" Kai dan banyak lagi. Juga kepada WinAmp yang memberikan ketenangan jiwa, insipirasi dan pembakar semangat dengan memutarkan lagu-lagu  "Top-15 Carta Lagu Dark Wan". 

        Mm .. akhir sekali, terima kasih kepada Internet yang membawa perubahan besar kepada iklim pengkomputeran sedunia. Tanpanya, tidak mungkin anda akan melihat tutorial ini. Juga - kepada anda yang sanggup menunggu berminit-minit lamanya untuk men'download' tutorial ini. Gunakan ilmu yang diperolehi ini semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Illahi - bukannya untuk digunakan di jalan yang salah. Terima kasih semua .. 

 

 


Knowledge For Humanity - Technology For Mankind